Saturday, February 19, 2011

Penyebar HIV Professional


PSAS nak share cerita yang mungkin agak biasa atau siapa2 pun pernah dengar tentang penyebar HIV. Tapi apa yang aku nk share kt sini adalah true story dan aku kenal secara rapat...

Asalnyer, kami berkawan biasa2 je. Mula2 agak kekok, coz aku jrg berkawan dengan gay & dia agak kepatahan. So aku segan kot. Pendek kan cerita akhirnya kami berkawan rapat. Aku la Mr. good listener dia. Semua cerita suka & duka dia share. Tapi aku xjenuh dengar cerita2 dia. Seronok bila ada org betul2 harapkan kita. 

Aku xnafikan dia memang agak kacak la...badan pun sedap, barang kemas dia pun selambak. Tapi dia ni bottom. Dia ni mmg aktif melacur..dari zaman dia belajar sampailah skrg. Pada 2 tahun lepas, dia telah dijangkiti HIV. Dia seriously mmg sedih giler. Mcm org hilang arah. Bila dia dpt tahu it's like the end of the world! Dari siapa dia dapat, dia sendiri pun tak tahu. HIV merebak dlm masa 3 - 6 bulan. So dalam 3- 6 bulan tu, dah berapa ramai dia jumpa dia sendiri pun xingat. Dia nyaris2 bunuh diri. Tapi aku lah yang byk bagi moral support. Dpt HIV xsemestinya terus mati ke apa ke. Waktu ni, dia insaf & xnk lagi melacur. Dia tekad untuk dekatkan diri dengan agama. Namun, hangat2 tahi unta je.

Memandangkan aku belajar jauh, so kami jrg jumpa sgt. Just msg2 & call gitu2 je. Tak sampi sebulan...dia dah dapat scandal baru. Bila aku dpt tahu, Allah je la yg tahu perasaan aku. Menyirap aku. Puas aku nasihat dia. Bila nasihat, buat muka sedih. Tp tu la, manusia mudah lupa. Baru je Tuhan uji sikit dah menggeletis. Mcm2 alasan yg dia bagi, sunyi la..bosan la..sangap la..Dia dgn budak tu mmg dah lumat dah. Sah2 budak tu pun dah infected.

Then, hubungan xkekal lama. Biasa lah gay! Cinta konon. Then sejak dari tu, dia bertukar scandal mcm tukar baju. Maklumlah, org hot. Ckp je, budak ke, abg2 ke, laki org ke..semua dia bedal. Nampak mcm sihat. Tapi sebenarnya...azab! Jenuh dah aku ceramah. Cuma satu je dia setuju, dia xkn buat dgn laki org lg. Laki org ni pun satu! Bodoh! Jahil! Xkesian anak bini. Sadis r!!!

Kali ni aku dah terdaya nak nasihat dia lg. Aku pun dah xsanggup lagi nak tanya dia having sex pakai condom ke x? Terlalu byk scandal..FB/tagged/myspace n bla2. Bayangkanlah, klu org yg dh infected tu pun suka menjalang..entah brp ramai yg dah terjgkit? Sedih giler..rasa benci pun ada. Nak je aku publish muka dia! but it's not right..Siapalah aku nk menghukum dia? Aku bukanlah Tuhan. Kejam namanya klu aku aib kan dia. Apa yg aku termampu buat..hanya INI.

Tp, dia pernah sebut yang dia dapat semua ni sebab dia careless & nk fun je. Dlm kepala dia sex..sex..sex. So siapa yg dpt tu pun kira nasibla. Xjaga diri sendiri. Tahu sedap je. Dalam sedap ada derita. So just beware la! Korang pun henti2 kan r. Klu boleh berhenti. Sikit2 pun xpe..lama2 boleh stop terus. Kepada yg degil jugak, carilah BF utk long term..bukan untuk sedap2 sesaat je. Sebelum declare jgn la terus main. Jalang sgt! Pergi la sama2 check, status korang. Then..sama2 la jaga. Jgn jalangkan diri lg. Klu jalang jugak, mmg menempah penyakit la. Sebenarnya ramai lg org mcm ni, dia tak keseorangan..ramai yg berfikiran mcm dia. Selfish!

Ok, uolls nilai sendiri. Dah mengantuk. Nk tido dah! Heee. Moga Allah beri hidayah pada kita semua! Amin...



Tuesday, January 11, 2011

BAGAIMANA HIV BOLEH TERJANGKIT???


Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
  1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
  2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
  3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. 

So, andai kata korang dan bf korang just mastrubate...TIDAK semestinya SELAMAT. Contohnya :

Ali dan Abu merupakan satu pasangan gay. Mereka baru sahaja berkenalan di internet. Ali merupakan pembawa HIV. Abu pula sihat & NORMAL. Satu malam mereka melakukan onani (melancap) sesama mereka. Kebetulan tangan Abu terdapat luka, kerana terhiris pisau. Abu membantu Ali melancap sehingga Ali keluar. Maka, air mani Ali telah terkena ditempat luka di tangan Abu. Maka, Abu telah terjangkit.

Ok, korang jangan pandang remeh tau. Luka tu, walau kecik mana pun, asalkan ada ruang yang terbuka peratusan kita untuk dijangkiti adalah sangat tinggi.

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

APAKAH ITU HIV & AIDS ???

APAKAH HIV? Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika siapa2 disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

APAKAH AIDS?
Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)



AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Wednesday, September 15, 2010

Intro



Hi guys! Pertamanya penulis ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Sedih, kecewa, simpati...tiga perkataan luahan hati penulis apabila melihat statistik HIV/AIDS di Malaysia. Most of them are gays and young! Sangat menyedihkan. Banyak faktor. Umumnya, tiada pengetahuan & kesedaran.


Namun, angka pada statistik itu hanya pada angka. Belum campur lagi dengan pembawa & penyebar HIV. Ramai yang tak tahu. Ada yang dah tahu, disebarkan lagi. Dasyat!


Maka, Penulis terpanggil untuk share dengan adik - adik, abang - abang dan pakcik - pakcik tentang apa itu HIV/AIDS. Saya tahu, ramai yang ambil remeh. Kalau ditanya tentang HIV/AIDS ada yang keliru. Ada yang berangapan ianya sama. Kalau ditanya tentang STD pula, lagi ramai yang tak tahu.


Penulis melakukan kajian ke atas sekolompok gay di Malaysia mengenai pengetahuan tentang HIV/AIDS. Yerp..ramai yang tahu. Tapi luarannya sahaja. Pengetahuan tentang HIV/AIDS sangat cetek. Ada segelintir yang tak tahu apa itu "safe sex". Ada pula yang tak tahu macam mana HIV/AIDS boleh tersebar. Ada yang tahu tapi tak praktikkan. Katanya tak sedap! Sedap sekejap je. Kalau terjangkit? Tak ke derita bertahun - tahun?


Hidup kita ni sekali je...sepatutnya bukan nikmat dunia yang dicari. Apatah lagi cinta sejenis. Cinta terlarang mengundang bala. Penulis tahu benda ni sangat complicated & abstract. Lain orang lain pandangan. Lain pengalaman lain perspektifnya. Sama - sama kita je lebih faham kan. Seelok - eloknya kita kembali kepada agama dan redha Tuhan. Melalui pengalaman & mata penulis. Kebanyakannya hubungan gay ni tak kemana pun. Cinta atas dasar nafsu berkiblatkan seks semata. Kalau semuanya setia dan tak menjalang, masakan ramai yang terjangkit HIV.


On the next post, penulis akan menerangkan tentang lebih lanjut mengenai apa itu STD. HIV. AIDS. dengan lebih terperinci. Harapan penulis, pembaca akan sedar, praktik dan kongsi pada yang lain. Ok guys.


Lets.Play.Safe.Avoid.STD.